Islam Is The Way Of Life

Ahad, 26 Februari 2012


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Maaf andai hadirnya nota ini mengganggu tumpuanmu. Setelah sekian kali berfikir, akhirnya aku memilih utk menghantar juga nota ini buatmu. Aku tidak merasa kuat untuk berhadapan dengan dirimu maka hanya nota ini yg mampu aku hantarkan, smoga ianya utk kebaikan bersama. 

Pertama sekali, inginku jelaskan di sini. Aku mengakui kekurangan diriku bahawa aku tidak pandai mengarang. Andainya dirimu tersinggung dengan kalamku di sini, kuharap agar dikau sudi maafkan kekhilafan diriku.

Atas rasa rendah diri, kubiarkan juga nota ini yang berbicara..
Setelah apa yang terjadi selama ini, kumohon keampunan andai tingkahku membuatkan dirimu salah faham terhadap diriku. Tidak menegurmu bukan bermaksud aku terlalu ego untuk mengakui kesilapan diri. Tetapi sebaliknya aku yang menjadi salah tingkah, tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dgn dirimu, maka aku memilih utk mendiamkan diri. 

Secara jujurnya, aku tidak pandai untuk memujuk orang yang sedang merajuk, apatah lagi memujuk hati yang telah berkecai kerana tindakanku yang tanpa kusedari telah melukaimu dengan teruk. Aku telah berusaha untuk tidak melukaimu, tapi nampaknya perkiraanku salah. Malah dirimu semakin menderita atas tindakanku.

Aku tidak mengharapkan untuk diriku dimaafkan. Aku juga tidak mengharapkan dirimu memahami isi hatiku..kerana aku mengerti bahawa aku hanyalah seorang insan yang lemah dan hina. aku cukup sedar siapa diriku berbanding dirimu. 

Cuma aku ingin kau mengerti satu perkara..bahawa sebenarnya, jauh di sudut hatiku, aku ingin sekali memohon kemaafan daripada dirimu. Namun, sehingga ke saat ini, hanya nota ini yang mampu kulakar untuk menghurai maksud di hati. Maafkan diriku,sahabat..

Sesungguhnya dikau insan terpilih yang muncul di persimpangan hidupku, menjadikan diriku insan yang lebih baik. Aku tahu terlalu banyak pengorbanan yang dikau curahkan untuk diriku. Hanya doa' yang mampu kutitipkan buat dirimu, smoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Aku sedar setelah kehilangan dirimu, aku kembali terkontang kanting. Kuharapkan, semoga suatu ketika nanti, Allah masih mengizinkan ikatan ukhwah yang pernah terbina antara kita akan terbina kembali, malah lebih kukuh lagi. InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular