Islam Is The Way Of Life

Khamis, 24 November 2011

cINtA MatIKu..


DIA hanya Satu

Milik kita Penaung Alam (ALLAH)
Menyebelahi kita penghulu pesuruh alam (Muhammad SAW)
Dilengkapkan kita dengan panduan kekal alam (Quran)
Diterjemahkan lagi dengan sunnah Muhammad SAW

Namun kenapa kita masih terkebelakang
Jua pertengkaran yang tak berkesudahan
Tanpa kita sedar perjuangan jauh menyimpang
Akhirnya terbengkalailah fitrah iman

Berjayakah perancangan itu hak mutlaq Tuhan
Berjaya atau tidak itu bukan persoalan
Persoalannya sekarang adakah usaha berpanjangan
Dan mengikuti apa yang digariskan

Jangan hanya melakar nama dan amalan
Tetapi ilmu langsung tak terkesan
Jangan sampai menghadapNya papa kelesuan
Kelak neraka milikmu tuan

Kita dicipta untuk saling mengingati
Bukan gagah menyombong diri
Aturlah strategi duhai hamba Ilahi sebagai pengukuh jati diri
Jangan tertipu dengan amal diri
Jua taktik pencemar harmoni
Dengan itu jannah milikmu pasti…!

2 ulasan:

Catatan Popular