“Hai JIWA YANG TENANG..Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”
( Al-Fajr : 27-28 )
Hujan..
Bawalah air mata ku, utk dirinya yg jauh dari
ku, agar dia tahu ku terseksa, hujan..turunlah selalu..hapuskan kemarau duka yang sering melanda negeri usia..
“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala
bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar
tenteram hatimu kerananya.” ( Ali-Imran : 126 )
Sejak kenal dgn kamu, aku selalu inginkan kamu
brada dekat dgn ku..
Timbul satu perasaan yg sukar utk diertikan..
“Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.”
Ya ALLAH..jika rindu adlh rasa sakit, penuhilah
rasa sakitku rindu kpd MU dan jadikan kematianku sbg penawar sakitku ini..
Ya RABBI..jika syg adlh ssuatu yg mempesona,
ikatlah aku dgn pesona MU, agar damai senantiasa ku rasa saat terucap syukurku
atas nikmat dari MU..
Ya RAHIM..jika kasih adlh kebahagiaan yg tiada
bertepi, tumbuhkan kebahagiaan dlm hidupku di saat ku persembahkan ssuatu utk
MU..
Ya ALLAH..dunia yg KAU bentangkan begitu luas
bagai belantara yg tidak dpt ku tembusi di mlm yg gelap gelita, moga aku tidak tersesat
dlm mnyusurinya..
Ya RAHMAN..berikan alas kaki buat hamba agar
jln yg ku susuri terasa nikmat meski penuh dgn batuan runcing dan duri yg
tajam..
Hamba sedar semua ini milik MU dan suatu saat
jika KAU kehendaki, semuanya akan kembali jua pada MU..
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kpd MU..
“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.” ( Maryam : 48 )










